Monday, February 28, 2011

Stok Baru - Anak arnab pelbagai baka di Gombak



Salam semua. Kami ada stok baru untuk sesiapa yang berminat. Tak banyak. Cuma ada 18 ekor anak arnab (1 bulan) dari pelbagai baka sahaja. Sila lihat gambar di atas. Jualan berasaskan "Siapa cepat dia dapat". Hubungi Baharin (019-2789365) jika berminat.

Monday, February 14, 2011

Anak Arnab Nabilah - Berita Terkini

Salam semua. Baru-baru ni ramai yang bertanya/berhajat untuk memiliki anak Arnab Nabilah. Kami merasa amat terharu kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminat-peminat anak Arnab Nabilah. Buat masa ini, kami kehabisan anak arnab di Gombak dan juga di Rembau. Bagaimanapun arnab pedaging yang dewasa boleh di dapati di Rembau.

Untuk pengetahuan semua, kami juga ada memelihara arnab dari baka Holland Lop, Lion Head (mix), Anggora (mix) dan beberapa lagi arnab hias di Rembau. Tetapi arnab baka hias ini belum boleh di jual lagi.

Insyallah, bila ada stok baru, kami akan iklankan di dalam blog kami dan kami berhajat dapat membekalkan arnab (hias dan pedaging) kepada semua peminat-peminat Arnab Nabilah. OK lah jumpa lagi di lain hari.


Saturday, February 5, 2011

Dari Rembau ke Gombak




Salam semua. Ramai yang bertanyakan samada arnab di Gombak masih ada lagi ke tidak. Untuk pengetahuan semua peminat-peminat Arnab Nabilah, anak arnab di Gombak telah pun habis di jual sebelum Tahun Baru Cina. Untuk tidak menghampakan peminat-peminat Arnab Nabilah, kami pun membawa beberapa ekor lagi anak arnab pelbagai baka dari Rembau ke Gombak. Semasa dalam perjalanan sebahagian arnab kami telah pun di tempah. Sampai saja di Gombak, sebahagian anak arnab itu telah pun bertukar tangan. Kini arnab kami hanya tinggal 6 ekor sahaja. Semuanya dari baka NZW. (4 jantan dan 3 betina) . Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Baharin (019-2789365). Siapa cepat dia dapat.