Monday, February 14, 2011

Anak Arnab Nabilah - Berita Terkini

Salam semua. Baru-baru ni ramai yang bertanya/berhajat untuk memiliki anak Arnab Nabilah. Kami merasa amat terharu kerana tidak dapat memenuhi permintaan peminat-peminat anak Arnab Nabilah. Buat masa ini, kami kehabisan anak arnab di Gombak dan juga di Rembau. Bagaimanapun arnab pedaging yang dewasa boleh di dapati di Rembau.

Untuk pengetahuan semua, kami juga ada memelihara arnab dari baka Holland Lop, Lion Head (mix), Anggora (mix) dan beberapa lagi arnab hias di Rembau. Tetapi arnab baka hias ini belum boleh di jual lagi.

Insyallah, bila ada stok baru, kami akan iklankan di dalam blog kami dan kami berhajat dapat membekalkan arnab (hias dan pedaging) kepada semua peminat-peminat Arnab Nabilah. OK lah jumpa lagi di lain hari.